laman utama / tips perjalanan
Perlukah saya membeli tiket Transnasional dengan lebih awal?
Ya, memandangkan kepada perubahan musim dan permintaan ramai, kami menggalakkan anda untuk membeli tiket secara lebih awal. Pembelian tiket boleh dilakukan dengan melawati kaunter penjualan tiket Transnasional atau pun Kedai Mesra Petronas terplilih. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi KTB infoline 1300 888 582.
Perlukah saya menyimpan tiket saya?
Ya, untuk tujuan pengesahan di mana pegawai penguatkuasa atau pihak berkuasa kami berkemungkinan melakukan pemeriksaan semasa ke semasa sewaktu anda dalam perjalanan. Lanjutan daripada itu, semua pemegang tiket kami adalah dilindungi insurans. Sekira berlakunya perkara yang tidak diingini, penumpang adalah dilindungi dengan insurans yang dapat menanggung perbelanjaan perubatan atau pun kehilangan bagasi (tertakluk kepada had perlindungan).
Adakah tiket Transnasional boleh ditebus dengan wang semula?
Tiket tidak dapat ditebus semula. Di dalam usaha kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kami tidak menjamin ketepatan waktu perlepasan dan ketibaan, di mana terdapat beberapa faktor halangan yang tidak dapat dijangka seperti kesesakan lalulintas, cuaca mahupun masalah mekanikal dan teknikal. Kami tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kesulitan yang berpunca daripada kelewatan perjalanan terbabit.
Bolehkah saya mendapat tuntutan bayaran balik bagi tiket yang hilang?
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecurian atau kerosakan tiket.
Saya baru mendapat tahu akan promosi tambang terbaru namun saya telah membeli tiket yang harganya lebih mahal. Bolehkah saya menuntut untuk mendapatkan bayaran balik?
Tidak. Perubahan tambang boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa pemberian notis.
Bolehkah saya menukar masa dan jadual perjalanan trip saya?
Boleh, walaubagaimanapun caj tambahan akan dikenakan dan bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
Bolehkah saya memohon untuk berhenti bagi laluan perjalanan tidak berhenti?
Kebiasaannya, kami tidak menetapkan jadual berhenti bagi perjalanan yang kurang daripada 3 jam. Walaubagaimanapun, penumpang boleh memohon untuk pemberhentian singkat sekiranya perlu.
Saya akan bercuti bersama kawan-kawan tetapi mereka dijangka bertolak lewat. Bolehkah saya meminta pemandu bas untuk menunggu mereka atau mengambil mereka luar dari terminal bas?
Tidak. Kami tidak memperkenankan permintaan sedemikian. Anda dinasihatkan untuk tiba di terminal bas sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal memandangkan bas akan berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa, kami tidak dibenarkan mengambil penumpang di luar daripada terminal melainkan tempat yang diditetapkan.

Perkara yang perlu anda tahu
. Pastikan tiket bersama anda setiap masa!
. Tiba di terminal bas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa berlepas.
. Sentiasa pastikan bagasi anda dikunci dan awasi barangan anda.
. Sentiasa berikan kami maklumbalas serta komen untuk tujuan peningkatan servis dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik untuk anda.
. Sentiasa menyokong kami dengan mempromosi dan mengajak keluarga dan rakan anda untuk bersama Transnasional!

Transnasional. Setiap Masa, di Mana-Mana Jua!
Ke manakan destinasi anda
Kaunter tiket berhampiran anda
Terminal berdekatan anda