
Pemandu-pemandu tekun menjawab ujian penulisan.
Transnasional telah bekerjasama dengan Automotive Center of Excellence (ACE) di dalam menyediakan latihan pengukuhan profesional kepada semua pemandu. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar ACE yang diiktiraf. Semua pemandu adalah diwajibkan mengikuti dan menjalani kelas-kelas teori dan praktikal yang disediakan. Mereka yang telah tamat latihan ini diwajibkan menduduki peperiksaan untuk ujian penilaian bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan bidang pemanduan dipraktikkan sepenuhnya sebelum Sijil Kompetensi diberikan kepada peserta-peserta.
Pemandu Transnasional, beruniform merah sentiasa bersiap sedia membawa anda ke destinasi yang dituju.