Transnasional, satu ikon dan peneraju industri bas ekspres Malaysia, merupakan salah satu jenama yang tersohor di Asia Tenggara. Dengan lebih dari 200 destinasi dan 1000 perjalanan harian, Transnasional memberi khidmat ke semua bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Kami mengaplikasikan kemajuan teknologi terkini dalam rekaan dan keselesaan dan ini membolehkan kami menyediakan perjalanan yang selamat, seronok dan mampu dinaiki ramai.

Transnasional telah berada dalam industri bas ekspres melebihi tiga dekad, dan masih menerajui industri ini kerana kami sentiasa berinovasi untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kami merupakan perintis dalam penggunaan sistem tiket elektronik yang memudahkan pelanggan untuk membeli tiket dengan lebih cepat dan tepat, juga merancang perjalanan mereka 60 hari lebih awal. Kami menempatkan lebih dari 170 ejen tiket diseluruh negara termasuk Kedai Mesra Petronas terpilih bagi memberikan lebih kemudahan dan kesenangan kepada pengguna untuk mendapatkan tiket-tiket mereka.

Transnasional merupakan syarikat pengangkutan yang pertama menyediakan perkhidmatan insurans ke atas penumpang dan bagasi dimana penumpang Transnasional dilindungi secara automatik oleh insurans untuk perbelanjaan perubatan dan kehilangan barangan.

Transnasional Skyview dengan ciri-ciri rekaan aerodinamik dan tempat duduk ergonomik yang selesa mengikut alur tubuh, adalah bas "Jumbo" yang pertama di Malaysia dengan muatan 69 penumpang merupakan satu lagi kejayaan kepada jenama ini di mana ia memberikan pengalaman baru yang mengujakan dengan tahap keselesaan kelas 'super ekonomi'.

Transnasional juga turut menyediakan perkhidmatan kurier, sewa-khas dan pengiklanan menggunakan bas.

Dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah satu jenama, Transnasional sememangnya pilihan utama anda!
Ke manakan destinasi anda
Kaunter tiket berhampiran anda
Terminal berdekatan anda